Thursday 29 November 2012

Suntikan ATT



pagi ni pergi Klinik Kesihatan Ibu & Anak Guar Chempedak, Kedah untuk pemeriksaan perut seperti biasa. berat naik 2.4 kg. lebih 0.4 kg dari yang sepatutnya. HB pula menurun 0.2 berbanding pemeriksaan sebelumnya tapi masih >11. yang lain semua ok. Alhamdulillah...

tapi kena ambil suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) kali pertama. maksudnya ada untuk kedua kalinya sebulan kemudian. OMG....

sakit? gila tak sakit. hahah... gempak je... masa masuk jarum tu tak sakit tapi bila ubat mula masuk.... fuuuhhhh... pedih le juga. tahan je lah jawabnya.

selepas disuntik tangan dah rasa lenguh-lenguh sikit tapi biasalah... buat macam xde apa-apa. kata kuat kan? ahaha... (kuatlah sangat)

ehhh... betullah kuat sebab lepas kerja suntik-menyuntik selesai.. saya terus masuk pejabat, sambung buat kerjalah..

sekarang pun masih lenguh-lenguh lagi. harapnya cepat sembuh.

sekian, sedia pula untuk suntikan kedua bulan depan... huhu...

Monday 19 November 2012

Pum Susu A.K.A Breast Pump Idaman Hati


dah lama dah mencari Breast Pump yang bersesuaian. buka blog itu buka forum ini. cari kelebihan & kekurangan. sambil mencari tu dapat lah dirumuskan bahawa jenama yang paling popular adalah Medela, Avent & Spectra. ada juga menggunakan manual, bateri atau elektrik.

niat di hati memang nak beli juga Breast Pump. untuk membantu proses menyusukan bayi nanti. lepas tu nak beli yang guna bateri atau elektrik. yang manual macam leceh je. yelah saya ni kan semua nak senang & mudah. lebih-lebih lagi disebabkan saya bekerja, jadi memang memerlukan Breast Pump. dan bila terpaksa berkursus di luar tempat bertugas berhari-hari. keluar bercuti dengan Encik Suami pun selalu juga. jadi ini memang jadi keperluan penting untuk saya.

mudah-mudahan Allah mempermudahkan saya untuk menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun dan diperbanyakkan air susu. memang dah jadi niat di hati sejak awal kehamilan lagi.

jadi Breast Pump yang menjadi idaman hati saya adalah :

Medela Freestyle

sumber : Google
hmm... bila melihatkan harga memang lah mahai bebenor. hampir 2k. tapi bila difikirkan memang nak pakai lama. boleh guna untuk anak kedua, ketiga & keempat. insyaallah... lebih-lebih lagi bila penggunaannya yang menjimatkan masa dan memudahkan. hmm... kalau berhabis duit sikit apa salahnya kan? tak rugi kot.

jadi motif sekarang adalah kena simpan duit dan sila berjimat cermat dalam berbelanja. atau boleh juga cuba pujuk-pujuk Encik Suami untuk belikan. wah....

atau kalau tak mampu nak beli Medela FS, beli je lah yang murah sikit. (dengan nada sedih)

Tuesday 13 November 2012

Petua HB Naik


masa kali pertama pemeriksaan, paras HB (hemoglobin) kita hanya 10.3 je. kali kedua pemeriksaan menurun ke 9.6. masa tu tanpa berlengah lagi terus google cari petua nak bagi HB naik. yelah, dah lah kita ni tak minum susu tepung. nak makan hati ayam & kerang pun bosan juga. ikan bilis pula tak gemar sangat.

lepas google sana sini, jumpalah ada satu blog ni cerita tentang cara nak bagi HB naik. nama blog dah lupa. ampun..

petuanya :

1. makan buah jambu batu yang telah disimpan dalam peti sejuk.
2. makan ubat (yang misi bagi tu) sambil minum jus oren & lain-lain jus (yang kaya dengan VITAMIN C). penting untuk penyerapan zat besi.


hasilnya, pemeriksaan kali ketiga dan seterusnya HB kita dah meningkat naik ke 11.4 dan ke atas. hoooyyyeeee.... sukanya hati. sampai sekarang pun masih amalkan lagi tapi tak hari-hari. ada juga tertinggal. tapi walaupun tertinggal kita ada makan makanan lain yang ada zat besi. susu pun kita dah minum tapi susu DUTCHLADY perisa STRAWBERI je. kalau dulu tak pernah minum susu ni tapi sejak hamil ni cuba minum. rupanya kita boleh minum & tak muntah. kalau susu tepung gerenti muntah. RIBENA pun kita minum, ada VITAMIN C juga. sayur bayam memang kita suka.

ubat kita makan IBERET. tak boleh telan ubat yang 4 jenis tu. leceh je rasa. kalau IBERET ni sebiji je. senang dan mudah. hehe...