Wednesday 31 October 2012

Petua Cepat Hamil


sebelum kahwin, godek internet cari idea untuk majlis perkahwinan. selepas kahwin, godek internet cari petua cepat hamil pula. :P

jadi bila dah godek-godek tu, jumpa lah beberapa petua. tu yang kita nak kongsi kat sini.

1. Susu kambing + kurma
Ambil 4 biji buah kurma. Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji. Kemudian, buang biji kurma tu. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang segelas. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.





2. Kacang hijau
Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnya kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam dalam periuk). Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau). Rebus tauge tu dengan 2 gelas air kira-kira 15 minit dengan api sederhana. Apabila air rebusan itu dah tinggal separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas). Minum air rebusan tu tiap-tiap pagi bermula dari hari 1st period sampai waktu subur.

3. Hubungan suami isteri
Ketika bersama dengan suami, ambil bantal dan alas di bawah punggung. Selepas bersama, si isteri jangan terus bangun. Baring dahulu dalam 15 minit atau terus tidur dan bangun ketika mahu solat Subuh. Atau selepas bersama dengan suami, si isteri hendaklah mengangkat kedua-dua belah kaki dan sandarkan ke dinding secara menegak. Badan dibaringkan. Seperti bentuk 'L'.

4. Doa dan Allah
Hendaklah kita suami isteri sentiasa berdoa memohon pada Allah agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa. Sentiasa bersabar. Solat pun jangan tinggal. Perbanyakkan amal ibadah sama ada wajib atau sunat.

Insyaallah.... akan ada rezeki buat sesiapa yang menginginkan zuriat.


Tuesday 9 October 2012

Senyap Sunyi



hampir 3 bulan en. suami pergi training. rindu? mestilah rindu tetapi apakan daya. haruslah sabar dalam meniti hari-hari yang mendatang. semoga cepatlah berlalu wahai masa agar dapat bertemu dengan en. suami secepat mungkin. mood untuk menulis blog pun semakin hari semakin hilang. tetapi digagahkan juga untuk menulis sebab sudah terlalu lama meninggalkan blog kesayangan ni.

sedar tak sedar dah 7 bulan saya bergelar isteri. rasanya macam baru semalam berjumpa dengan en. suami. terasa pantas sungguh masa berlalu. teringat saat mula-mula kenal dulu. terlalu banyak kenangan manis di antara kami berdua.

diharapkan semoga perkahwinan kami kekal bahagia dunia & akhirat.