Sunday 2 December 2012

Maternity Belt


lama dah berangan-angan nak beli Maternity Belt. yelah, kandungan pun dah nak masuk 6 bulan. pinggang dan belakang pun dah merasa sakit-sakit. nak diri lama tak boleh. nak duduk lama pun tak boleh.

jadi dengan gigihnya saya google sana-sini. nak tengok jenis-jenis Maternity Belt. niat di hati nak beli online tapi kebetulan Encik Suami dapat balik. jadi saya pun ajak lah Encik Suami dating sambil shopping.

akhirnya dapat juga saya beli Maternity Belt. taaaadddddaaaaa.....

(sumber : google)
rupa bungkusan luar
(sumber : google)
rupa Maternity Belt

nilah dia. Maternity Belt jenama Farlin. gambar-gambar ni ambil dari pak cik Google je sebabnya saya lupa nak ambil gambar. xpelah kan.. (over-excited nak guna punya pasal sampai lupa semua)

saya beli kat Apple Baby House dengan harga RM53.90. dapat 10 % diskaun. harga sebenar RM59.90. semalam dah mula pakai dah. memang selesa dan tak sakit-sakit dah..

Thursday 29 November 2012

Suntikan ATT



pagi ni pergi Klinik Kesihatan Ibu & Anak Guar Chempedak, Kedah untuk pemeriksaan perut seperti biasa. berat naik 2.4 kg. lebih 0.4 kg dari yang sepatutnya. HB pula menurun 0.2 berbanding pemeriksaan sebelumnya tapi masih >11. yang lain semua ok. Alhamdulillah...

tapi kena ambil suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) kali pertama. maksudnya ada untuk kedua kalinya sebulan kemudian. OMG....

sakit? gila tak sakit. hahah... gempak je... masa masuk jarum tu tak sakit tapi bila ubat mula masuk.... fuuuhhhh... pedih le juga. tahan je lah jawabnya.

selepas disuntik tangan dah rasa lenguh-lenguh sikit tapi biasalah... buat macam xde apa-apa. kata kuat kan? ahaha... (kuatlah sangat)

ehhh... betullah kuat sebab lepas kerja suntik-menyuntik selesai.. saya terus masuk pejabat, sambung buat kerjalah..

sekarang pun masih lenguh-lenguh lagi. harapnya cepat sembuh.

sekian, sedia pula untuk suntikan kedua bulan depan... huhu...

Monday 19 November 2012

Pum Susu A.K.A Breast Pump Idaman Hati


dah lama dah mencari Breast Pump yang bersesuaian. buka blog itu buka forum ini. cari kelebihan & kekurangan. sambil mencari tu dapat lah dirumuskan bahawa jenama yang paling popular adalah Medela, Avent & Spectra. ada juga menggunakan manual, bateri atau elektrik.

niat di hati memang nak beli juga Breast Pump. untuk membantu proses menyusukan bayi nanti. lepas tu nak beli yang guna bateri atau elektrik. yang manual macam leceh je. yelah saya ni kan semua nak senang & mudah. lebih-lebih lagi disebabkan saya bekerja, jadi memang memerlukan Breast Pump. dan bila terpaksa berkursus di luar tempat bertugas berhari-hari. keluar bercuti dengan Encik Suami pun selalu juga. jadi ini memang jadi keperluan penting untuk saya.

mudah-mudahan Allah mempermudahkan saya untuk menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun dan diperbanyakkan air susu. memang dah jadi niat di hati sejak awal kehamilan lagi.

jadi Breast Pump yang menjadi idaman hati saya adalah :

Medela Freestyle

sumber : Google
hmm... bila melihatkan harga memang lah mahai bebenor. hampir 2k. tapi bila difikirkan memang nak pakai lama. boleh guna untuk anak kedua, ketiga & keempat. insyaallah... lebih-lebih lagi bila penggunaannya yang menjimatkan masa dan memudahkan. hmm... kalau berhabis duit sikit apa salahnya kan? tak rugi kot.

jadi motif sekarang adalah kena simpan duit dan sila berjimat cermat dalam berbelanja. atau boleh juga cuba pujuk-pujuk Encik Suami untuk belikan. wah....

atau kalau tak mampu nak beli Medela FS, beli je lah yang murah sikit. (dengan nada sedih)

Tuesday 13 November 2012

Petua HB Naik


masa kali pertama pemeriksaan, paras HB (hemoglobin) kita hanya 10.3 je. kali kedua pemeriksaan menurun ke 9.6. masa tu tanpa berlengah lagi terus google cari petua nak bagi HB naik. yelah, dah lah kita ni tak minum susu tepung. nak makan hati ayam & kerang pun bosan juga. ikan bilis pula tak gemar sangat.

lepas google sana sini, jumpalah ada satu blog ni cerita tentang cara nak bagi HB naik. nama blog dah lupa. ampun..

petuanya :

1. makan buah jambu batu yang telah disimpan dalam peti sejuk.
2. makan ubat (yang misi bagi tu) sambil minum jus oren & lain-lain jus (yang kaya dengan VITAMIN C). penting untuk penyerapan zat besi.


hasilnya, pemeriksaan kali ketiga dan seterusnya HB kita dah meningkat naik ke 11.4 dan ke atas. hoooyyyeeee.... sukanya hati. sampai sekarang pun masih amalkan lagi tapi tak hari-hari. ada juga tertinggal. tapi walaupun tertinggal kita ada makan makanan lain yang ada zat besi. susu pun kita dah minum tapi susu DUTCHLADY perisa STRAWBERI je. kalau dulu tak pernah minum susu ni tapi sejak hamil ni cuba minum. rupanya kita boleh minum & tak muntah. kalau susu tepung gerenti muntah. RIBENA pun kita minum, ada VITAMIN C juga. sayur bayam memang kita suka.

ubat kita makan IBERET. tak boleh telan ubat yang 4 jenis tu. leceh je rasa. kalau IBERET ni sebiji je. senang dan mudah. hehe...


Wednesday 31 October 2012

Petua Cepat Hamil


sebelum kahwin, godek internet cari idea untuk majlis perkahwinan. selepas kahwin, godek internet cari petua cepat hamil pula. :P

jadi bila dah godek-godek tu, jumpa lah beberapa petua. tu yang kita nak kongsi kat sini.

1. Susu kambing + kurma
Ambil 4 biji buah kurma. Suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji. Kemudian, buang biji kurma tu. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut seorang segelas. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.





2. Kacang hijau
Ambil segenggam kacang hijau. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnya kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air). Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam dalam periuk). Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau). Rebus tauge tu dengan 2 gelas air kira-kira 15 minit dengan api sederhana. Apabila air rebusan itu dah tinggal separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas). Minum air rebusan tu tiap-tiap pagi bermula dari hari 1st period sampai waktu subur.

3. Hubungan suami isteri
Ketika bersama dengan suami, ambil bantal dan alas di bawah punggung. Selepas bersama, si isteri jangan terus bangun. Baring dahulu dalam 15 minit atau terus tidur dan bangun ketika mahu solat Subuh. Atau selepas bersama dengan suami, si isteri hendaklah mengangkat kedua-dua belah kaki dan sandarkan ke dinding secara menegak. Badan dibaringkan. Seperti bentuk 'L'.

4. Doa dan Allah
Hendaklah kita suami isteri sentiasa berdoa memohon pada Allah agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Jangan mudah putus asa. Sentiasa bersabar. Solat pun jangan tinggal. Perbanyakkan amal ibadah sama ada wajib atau sunat.

Insyaallah.... akan ada rezeki buat sesiapa yang menginginkan zuriat.


Tuesday 9 October 2012

Senyap Sunyi



hampir 3 bulan en. suami pergi training. rindu? mestilah rindu tetapi apakan daya. haruslah sabar dalam meniti hari-hari yang mendatang. semoga cepatlah berlalu wahai masa agar dapat bertemu dengan en. suami secepat mungkin. mood untuk menulis blog pun semakin hari semakin hilang. tetapi digagahkan juga untuk menulis sebab sudah terlalu lama meninggalkan blog kesayangan ni.

sedar tak sedar dah 7 bulan saya bergelar isteri. rasanya macam baru semalam berjumpa dengan en. suami. terasa pantas sungguh masa berlalu. teringat saat mula-mula kenal dulu. terlalu banyak kenangan manis di antara kami berdua.

diharapkan semoga perkahwinan kami kekal bahagia dunia & akhirat.


Thursday 19 July 2012

~ Hari Lahir Encik Husband ~












Hari ini ulangtahun kelahiran Encik Husband... Semoga Encik Husband dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat jalani latihan dengan jayanya... Luv u so much sayang...

~ Salam Ramadan ~






Nota kaki : Berpuasa tanpa suami disisi.... sob... sob...

Sunday 15 July 2012

~ Sunyi ~





Hari ini 16 Julai 2012... Sudah dua hari suami saya berada di Kuala Lumpur.. 6 bulan... Ye, selama 6 bulan saya terpaksa berjauhan dengan Encik Suami. Tiada mesej atau panggilan dari Encik Suami tersayang. Mungkin untuk bulan pertama atau mungkin selama 6 bln... Sabarlah wahai hati...

Hmmmm, rindu? Pasti... Pasti saya akan merinduinya... Sangat rindu padanya.. Tetapi ini untuk masa depan kami berdua.. Insyaallah, saya akan berusaha untuk lebih kuat untuk Encik Suami... Harapan... Sangat berharap saya dapat panggilan dari Encik Suami... Hati mulai sebak... Air mata mulai bergenang..

Sunyi.. Sunyi yang teramat.. Tanpa suami di sisi... Kebiasaan menyukarkan segalanya... Syukur kerana kami berdua memang tinggal berjauhan sebelum ini.. Jika tidak, pasti akan lebih terasa kehilangan...

Mudah-mudahan cepatlah masa berlalu.. Kerinduan pada suami semakin bertambah-tambah.. Moga ada kelonggaran dalam latihan yang dijalani Encik Suami... Boleh pulang bercuti selalu dan dibenarkan menggunakan telefon bimbit...

Tahniah sekali lagi buat Encik Suami kerana dinaikkan pangkat.. Pangkat yang lebih tinggi dan meninggalkan beberapa pangkat yang lain.. Saya sangat bangga denganmu sayang...

Semoga perkahwinan kita dilimpahi kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah...



Sunday 10 June 2012

Bulan Madu Kali Kedua Part 3

salam...

nk crta part 3 ni... smpi Kundasang, sy & hubby mnginap di The Cottage Hotel... dh book awl2 dh.. tkt pnuh kn.. book tnpa deposit.. ada gov rate jgak... 10%... tp sy tak gna gov rate... brkfst sy tak past dpt free ke tak..sy gna member card kawan.. dpt diskaun + brkfst 2 pax... sgt2 untung hokayyy... jimat2....


pic msa srpn
maaf le pic tak ikt susunan... ptt ltk pic hotel dlu kn... tp dh msa smpi tu tak ambil pic hotel, nk blik bru ambl pic... jd, layan kn je lh...

oke, hubby sy yg sgt2 cute + hensem (jgn gtau dier, nnt perasan lbh plk)

srpn prtama kt situ, diorg tak hidang scra buffet tp kne order... diorg bg menu, kita pilih jer... air tak yah nak letak ais sbb kt situ mmg dh sgt2 sejuk... angin pn bertiup kuat jer... dgn bunyi segala... tpi best sgt... sejuk oooo... :P

nak jgak ambl pic kt replika Rafflesia

hmm, sedih jgak sbb tak dpt tgk Rafflesia yg sbnr... nsb baik kt hotel tu ada replika... so, posing kejap...

nk blik dh

srpn hri kedua, diorg hidang buffet...


opppss, pose lg

ni lh gmbr hotelnya

hotel ni mmg snng nk cri... terletak kt tgh2 pekan Kundasang.. berdektn dgn Kundasang War Memorial... alah, dri jauh dh nmpk... snng sgt lh nk cri... signboard, dh smpi Kundasang bru ada... tu pn kne alert sikit... sbb signboard tak besar sgt.... kdai2 kt sna tutup awal.. mgkin disbbkn keadaan persekitaran kot.. yg sgt2 sejuk bla hri semkin gelap.. lps tu nk kne tgk2 tmpt mkn jgak... kne cri yg halal.. sy mkn kt kedai hari tu dpt sup... even tak mnta... kedai lain tak pst plk..

nota kaki : sy update ikt tmpt... layan kn je lh yer...

Wednesday 6 June 2012

Pertunangan Adik Ipar (DIY : Sirih Junjung)


salam....

oppppssss, apakah?????????

haha, apa sdh jdi... hri tu duk mengomel kt entry ni psl gubahan sirih junjung bagai........ tetiba bla dh buat jd lain plk...

p/s : sila tgk gmbr di bwh...

alah, tak sempat nk edit pic utk ltk url blog

korg nmpk kn???? bakul dh btl... tetapi apa yg trjadi??? design sudah tkr... haha...
nk buat cmne kn korg... tgn ni... bla dh godek2, mla le tkr design... pgi 2 Jun tu bru lh nk wt sirih junjung.. nsb baik mjlis pkul 2 ptg.. dh le pg tu bru g cri gambir... nsb baik ada...



nmpk tak bunga buatan sendiri tu... hmmm, sbnrnya itu adalah pinang racip yg sy gubah jd bunga... takde lh cntik sgt pn kn.. sbb tu je idea yg trlintas dlm fikiran.. so, jd le bunga... kapur? nmpk tak ada bngkusan plstik wrna hijau.. seyes takde idea.. so, buat cm tu je lh... huhu... buat syarat je kn... gambir??? hmmm, sy balut gna kain net wrna pink & ikat gna dawai... lps tu, cucuk je.. senang plus simple...

Wednesday 30 May 2012

Bulan Madu Untuk Kedua Kali Part 2

salam....

olla.... hri tu, sy ada crta ttg hotel kt KK kn... alah yg sy & hubby tdo smalm tu... ha... ingt dh??? so, kt bwh ada pic hotel tu... mmg selesa... cantik lg... view dri tingkp blh nmpk bndr KK...

ni pic view wktu mlm msa kitorg smpi

ni gmbr view wktu pagi
 mnginp kt hotel tu kitorg gna rate gov.. jd dpt le diskaun + free breakfst 2 pax...

mka kenyang

posing je lh krjanya

pose ckt dgn Encik Suami

kitorg sewa kereta slma kt Sabah ni... sewa kreta kt sna mmg mhl skt... yelh, hrga sewa sume RM 100 above... xde yg below hokeyy...

sy & hubby truskn perjlnan ke Kundasang... sbb mmg dri awl lg kitorg nk spend time kt Kundasang... sbb kt KK tak byk tmpt mnarik.... utk shoppng blh lh... atau pn g pulau2...

msa dlm prjlnn, kitorg singgah di Pasar Filipina... alah, kt bndr KK tu... yg famous sgt2 tu... sy & hubby plk mmg ske shoppng... (hubby over shoppng lg dri sy)

sempt lg hubby sy candid

sy yg tgh senyum lebar sbb dpt shoppng
seyes mmg truja tgk brg2 kt sni.. nk2 lg bla tgk pearl... waaaaa..... rsa nk bli semua... tp bla pk mcm mna nk bwa blik trus x jdi nk bli byk2.... yg pst msa nk blik Semenanjung beg jd bertambh... tq hubbbyyy.... nngggeeeeee......

hbs shppng kitorg truskn prjlnan ke Kundasang.. tggu part 3 dear...

Monday 28 May 2012

Review : Hantaran

salam...

haluuu korg sume..

oke, hri ni 29 Mei 2012 hri Selasa... msh cti sekolah kn.....

jdi msh byk krja khwin + tunang time2 cm ni... sy? pd 2 Jun ni adk ipar bertunang & ada 1 kndri, 3 Jun ada 1 kndri & 4 Jun pn ada 1 kndri.... wahhhh, byk jgak kn... tak kira yg dh lps2 2... tu cma kndri shbt trdekat & saudra-mara je... tak trmasuk kndri org kg & teman sekerja... haha... kyg mkn nsi kndri le cti sekolh ni... korg plk cmne? mst byk jga kn... haha..

hri ni, sy nk review psl hntarn... tak crita lg kn? kn? kn?

nk dijadikn crta, hri tu sy mmg sibuk jd tak sempat nk snap pic hantaran... nsb baik jurufoto & abg ipar ada snap.. tp syg.... hntran sebelah hubby, tak snap pic... ada 1 pic je yg btl2 jelas... yg len nmpk sikit2 je... sedih btol.... huhu...

hntran sy utk hubby, sy wt sndri je... alah, wt simple2... hntran hubby utk sy pn wt sndri jgak... ada yg hubby sy wt & ada yg saudara-mara buat... kreatif kn hubby sy.. :) so, korg lyan je lh pic di bwh nih k....







sirih junjung wt di pgi mjlis brtndg... super sempoi....







hntran dri member.... 2 yg len skt tema 2.. hehe

pic kek lpe nk amik... tgk yg ni je lh yer...

hntaran sy + hntrn suami +hdiah khwin

sirih junjung + telekung dri suami.. yg len tak nmpak..

handbag + kasut

al-qur'an

set make-up + perfume