dah lama dah mencari Breast Pump yang bersesuaian. buka blog itu buka forum ini. cari kelebihan & kekurangan. sambil mencari tu dapat lah dirumuskan bahawa jenama yang paling popular adalah Medela, Avent & Spectra. ada juga menggunakan manual, bateri atau elektrik.
niat di hati memang nak beli juga Breast Pump. untuk membantu proses menyusukan bayi nanti. lepas tu nak beli yang guna bateri atau elektrik. yang manual macam leceh je. yelah saya ni kan semua nak senang & mudah. lebih-lebih lagi disebabkan saya bekerja, jadi memang memerlukan Breast Pump. dan bila terpaksa berkursus di luar tempat bertugas berhari-hari. keluar bercuti dengan Encik Suami pun selalu juga. jadi ini memang jadi keperluan penting untuk saya.
mudah-mudahan Allah mempermudahkan saya untuk menyusukan bayi sehingga umur 2 tahun dan diperbanyakkan air susu. memang dah jadi niat di hati sejak awal kehamilan lagi.
jadi Breast Pump yang menjadi idaman hati saya adalah :
Medela Freestyle
sumber : Google |
jadi motif sekarang adalah kena simpan duit dan sila berjimat cermat dalam berbelanja. atau boleh juga cuba pujuk-pujuk Encik Suami untuk belikan. wah....
atau kalau tak mampu nak beli Medela FS, beli je lah yang murah sikit. (dengan nada sedih)
No comments:
Post a Comment