Sunday, 15 July 2012
~ Sunyi ~
Hari ini 16 Julai 2012... Sudah dua hari suami saya berada di Kuala Lumpur.. 6 bulan... Ye, selama 6 bulan saya terpaksa berjauhan dengan Encik Suami. Tiada mesej atau panggilan dari Encik Suami tersayang. Mungkin untuk bulan pertama atau mungkin selama 6 bln... Sabarlah wahai hati...
Hmmmm, rindu? Pasti... Pasti saya akan merinduinya... Sangat rindu padanya.. Tetapi ini untuk masa depan kami berdua.. Insyaallah, saya akan berusaha untuk lebih kuat untuk Encik Suami... Harapan... Sangat berharap saya dapat panggilan dari Encik Suami... Hati mulai sebak... Air mata mulai bergenang..
Sunyi.. Sunyi yang teramat.. Tanpa suami di sisi... Kebiasaan menyukarkan segalanya... Syukur kerana kami berdua memang tinggal berjauhan sebelum ini.. Jika tidak, pasti akan lebih terasa kehilangan...
Mudah-mudahan cepatlah masa berlalu.. Kerinduan pada suami semakin bertambah-tambah.. Moga ada kelonggaran dalam latihan yang dijalani Encik Suami... Boleh pulang bercuti selalu dan dibenarkan menggunakan telefon bimbit...
Tahniah sekali lagi buat Encik Suami kerana dinaikkan pangkat.. Pangkat yang lebih tinggi dan meninggalkan beberapa pangkat yang lain.. Saya sangat bangga denganmu sayang...
Semoga perkahwinan kita dilimpahi kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah...
Labels:
Selepas Kahwin
Location:
Guar Chempedak, Kedah, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment